Thursday, February 26, 2009

ModeL keta Gen2

garang beb..siap ngan eyeLashes

ala-ala Lelaki Litar..hahaha


Nca 7871

Malangnya ini bukan kereta ku..tapi ini kereta.....


kakak aku...Hahaha..Caya lah E.T



Wednesday, February 25, 2009

DisamPingMu

Ada sorang aweks ni suh aku dengar lagu ni... hahaha..LAYAN gak lagu ni.

Friday, February 20, 2009

BaLik Kampung...Oh Yeahhh


Hari ni aku akan pulang ke kampung halamanku..bukan naik moto..tapi naek keta ngan akak aku..da lama xbalik ngan dia..So, mungkin blog ni tidak akan disentuh dalam masa 4-5 hari ni..jadi korang rindu kat aku k..Assalammualaikum..



KAMI BENCI ISRAEL


Thursday, February 19, 2009

PusPa (pUtusKan Saja PacaRmU)

disebabkan ramai yang bertanyakan lagu apa kah yang telah menjadi pilihan ku didalam blog ini, maka aku telah menguploadkan video clip lagu ni..LAYAN k...


Sunday, February 15, 2009

RoBotic Mode

disebabkan aku dalam robotic mode aku telah menasformed kan bentuk ku ke bentuk OPTIMUS PRIME...hahaha..lepas ni sesiapa yang mahu melihat apa yang terjadi pada grup AFROBOT...sila layari http://afrobot.blogspot.com

Parking LekLok beb Kalau tak NAK keNa RantAi..

mangsa selepas kami...hahaha

Ustaz Muaz sedang membuka rantai di moto Pelajar NAKAL

Hahaha...aku dan Bat (bukan nama sebenar) gelak besar ari ini..apa taknya..ingat kan ade awek bagi no phone n letak dlm bakul moto sahabat ku ini tetapi malang sekali..harapkan Awek, Awek bertukar jadi Ustaz...hahaha...MOTO ANDA DIKUNCI...SILA JUMPA USTAZ MUAZ DI HEP..masa tu aku ngan bat mula berfikir apa yang telah kami lakukan..untuk menyedapkan hati kami beranggapan Ustaz hanya ingin berborak kosong dangan kami kerana sudah lama tak ketemu...hehee..sampai je di HEP ustaz Muaz tiada di biliknya..lalu aku bertanya kepada KAK INA yang kiut..."ustaz g mna kak"..kak ina membalas "g makan, satgi balik la tu"...emm..aku ngan bat pun pegi kantin untuk memenuhi ruang-ruang kosong di dalam perut kitorang...
borak-borak,kutuk-kutuk,ketawa-ketawa...tengok2 hampir setengah jam kitorg lpak kt situ...
kemudian aku ngan bat pun menuju ke HEP dengan harapan ustaz dah balik dari makan...tengok-tengok lom ag..huhuhu..
10 minit kemudian, baru Ustaz muncul di hadapan kami..dia memberi salam dan tersengeh..kami menjawab salam beliau smbil tersengeh juga..maka berlaku lah sesi sengeh menyegeh antara kami..hahaha...
"nak apa?" ustaz menyoal.."nak kunci..moto kena kunci"...jawab bat.aku hanya mendiam kan diri kerana itu bukan moto ku..hahaha..ustaz pun pergi ke moto bat dan membuka kunci..kemudian dia mengunci moto yang lain..hahaha..leh tahan gak ustaz ni..Ustaz pun mintak note yg dia bagi kat bat untuk letak di moto seterusnya..malas nak tulis balik la tu..hahaha..rupa-rupanya moto kawan ku juga yg dikunci oleh ustaz...nak taw siapa yang menjadi mangsa selepas kami? tanya lah USTAZ MUAZ...hehehe..

Upin & Ipin in da house...betul betul betul

aduyai..setelah berpenat lelah mencari tiket selama 3hari berturut-turut...akhirnya dapat gak aku ngan kengkawan tgk cite GANG ni..jeles beb dengar kawan2 len bagitaw yg citer ni lain daripada yang lain..Selain watak kenakalan dua adik beradik kembar yang mempunyai kekiutan yang setanding dengan kekiutan aku yang menarik perhatian ramai untuk menuntun muvie ini, plot perceritaan muvie ni pun menarik. cerita dia hanya dalam 1 hari je..start dari subuh ke subuh hari keesokannya..macam cite zombi kampung pisang la..tapi zombi kampung pisang tu mengarut je..hehehe
terdapat beberapa scene yang melucukan dimana buleh menyebabkan usus kentut tercabut akibat kelucuan tahap gaban:

1. scene Lim yang diajuk kembali oleh monyet yang sedang minum air kelapa sambil memakai topi keledar..
2. aksi upin yang meniru cakap uncle muthu yang sedang menerangkan list menu di kedainya.
3. scene upin,ipin ngan raju di cerun bukit....
4.scene ala-ala matrix masa batu menyentuh sedikt rambut upin..
5.dan lain-lain lagi....

dalam citer ni, watak upin ngan ipin hanya lah watak tempelan tapi mereka tetap mencuit hati..
The GENG ni adalah hasil daripada anak-anak muda yang gila komputer....aku rasa sebab tu la hasilnya menggempakkan..lebih kurang 40 animator yang terlibat dalam pembikinan muvie ni..
The making pun da kreatif... Aku rasa lepas ni kalau ada GENG ke2 aku akan beli tiket awal-awal sebab asik full je panggung..so, sesapa yang nak tengok cite ni aku nasihat kan korang beli tiket hari jumaat dan tayangan nya pada pukul 1ptg..insyaAllah xde orang sebab g ramai g semayang jumaat..hehehe
Cayalah Les coupaqe..ini lah animasi yang ditunggu2 di MALAYSIA...5star aku bagi untuk THE GENG...:)

Saturday, February 14, 2009

Darah Satria!!!!

penyamaran yang berjaya....

GANASSSSSS

lepak-lepak aje...baru lepas training serang hendap

macam sarjan hassan da....
Halu......hohooho..gambar di atas ni mmg gambar aku..selain menceburi profession perguruan, aku juga menyertai bidang ketenteraaan..Aku memang suka benda yang lasak-lasak ni..So, dengan tak semena-mena aku join la ASKAR WATANIAH ni...Maybe disebabkan ayah aku juga dulu bekas askar yang membuat kan aku juga nak jadi seperti dia..macam lagu hujan yang berbunyi:

wowwoooooooooooo......
bapaknya mahukannya jadi seorang askar,
bukan cita-citanya,
bukan impiannya.....

tapi ayah aku suh jadi cikgu..cikgu yang berjiwa askar..camana tuh?hahaha..
aku direkrut pada pertengahan tahun 2008..masa cuti sekolah..pergh..1st week memang la seksa giler..memang jiwa kacau..AWAM nak bertukar ke TENTERA...amek masa beb..ada gak yang mental koyak..terpaksa keluar baris..
masa aku diTENTERAKAN, macam-macam aku belajar..dalam tentera ni aku diajar untuk mendisplinkan diri, menepati masa, hormat antara satu sama lain dan bekerjasama antara sesama soldadu...(soldadu tu nama askar dulu2...)
Tiap-tiap pagi kitorg di'LANYAK' di padang maktab tu..bayangkan daripada ada rumput terus jadi rata je padang maktab tu..mana tak nya asik disuruh sideroll, forwardroll dan segala-gala roll la..xkira laki atau pompuan smua kena buat..masa tu yang muka ganas ke, muka pecah rumah ke muka skodeng ke smuanya muntah hijau beb..termasuk la aku..hahahaha..Mana nya xpening, da suruh sideroll dari tiang gol ke tiang gol yg len..pastu patah balik..memang kental la masa tu..tapi kitorang tak kesah..Sapa suh jadi tentera..tentera kena lasak.kalau lembik xyah la pakai loreng tu..wat malu je..
sebulan gak kitorang di brainwash oleh jurulatih2 kitorg..tp pendekatan diorang gunakan agak ringan la sebab diorang taw yang kitorg ni bakal pendidik..hehehe
So, aku nak ajak la sesape yang berminat nak sertai bidang ketenteraan ni jangan malu-malu dan segan..korang akan rasa macam mana bezanya menjadi AWAM dan TENTERA..dan satu je aku nak pesan:
"Menjaga keselamatan negara mungkin agak besar bagi kita...jadi aku narrow kan lagi kepada keselamatn keluarga kita...siapa lagi yang nak menjaga keselamatan keluarga kita..sanggupkah kita melihat akak dan adik kita dirogol di hadapan mata kita, abang dan ayah di bunuh dan dirobek2 hatinya...bila kita mempunyai sedikit ilmu mempertahankan diri atau penggunaan senjata di dada, mungkin kita boleh mengubah segalanya...fikir-fikirkan lah"....

AYUH kawan-kawan, Mari komen mengomen dalam BloG aku...

Alhamdulillah..terima kaseh kepada someone yg telah memberitahu aku cara utk menyetting kembali bLog supaya kengkawan len leh mengomen dalam blog aku..Dulu BLog aku umpama Burger yang mempunyai daging dan sos sahaja..tetapi setelah dapat mengomen dalam blog aku ni..ia telah berubah seperti mempunyai Mayonise yang berlimpah ruah..hehehe..
thanks bro

Thursday, February 12, 2009

TaK BuLeh KOmen???

aduyai...
camano ni?
apa yang sudah terjadi kepada BLog ku ini?
Kenapa rakan-rakan, sahabat-sahabat dan sanak saudara ku xdapat mengomen kt BLog aku ni?
ARGhhhh...
BLog tanpa Komen iBarat BurGer Tanpa Mayonieseee...huhu
Sesape Leh TolOng aku???

Wednesday, February 11, 2009

ReDo Lagi ke?????

Aduyai....kena redo lagi nampaknya...huhuhu
ni da masuk kali ke-3 asik kena reDO je..Memang dasar nak abiskan ink printer aku je.nasib bek la diorang bagi elaun thesis.leh gak aku beli ink.
Chin Yoon Poh (memang nama sebenar) adalah lecturer aku yang memang caring is sharing la..
Beliau suka down students dr bagi semangat (ni aku quote dr bat)..Bila sentence aku sedap sket beliau mula berdialog:
"ini u ceduk dari mana"..adoiii...nak je aku cakap "puan, takkan la saya nak wat ayat bodo2 kot..kena la wat ayat sedap2.." tapi apa kan daya mulut ku terkunci seperti di pateri dengan soldering iron..
dah jadi macam org jepun je aku tadi..duk nganguk je apa beliau katakan..mungkin dia xpaham apa yang aku nak kaji ni..kawan2 aku baca diorang paham je..maybe aku kena wat dalam bahasa kantonis baru beliau paham...
tapi apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih la kt MADAM CHIN kerana selalo menyuruh saya redo..saya tau niat beliau baik..beliau ingin melihat anak didiknya berjaya dipentas donia dan setaraf dengan BARACK OBAMA dan AHMEDINEJAD...
Yang benar,
ANAK DIDIK MADAM CHIN

Tuesday, February 10, 2009

MatNo PonTeng KeLas??


Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya (Wikipedia).

Tapi, kes tadi bukan sengaja aku nak ponteng kelas robotik tapi..............(hidup manusia ni xpenah lari mencari alasan)..
Kisahnya bermula begini...
MatNo (bukan nama penuhku) telah menyedarkan diri sendiri pada pukul 730 pagi dan terus mencapai tuala yang disidai di kepala katil..sampai2 je depan bilik air, beliau kedengaran seperti ada orang yang sedang MELEPASKAN HAJAT..padan muka aku sebab bangun lewat. so kena la beratur...ada la dalam 5minit menunggu siapakah gerangan yang menggunakan toilet tersebut..setelah daun pintu dibuka rupa2nya abang kesayanganku BAT yang menggunakan toilet itu..maka berlaku lah sedikit perbualan antara kami:

MatNo: hang pi kelas x ni?
Bat: tak, aku sakit perut

begitulah sedikitnya perbualan kami pada pagi itu...
kemudian aku pun mandi sepantas kilat menerjah kebumi tatkala hujan pun turun...begitulah cepatnya aku mandi pada pagi itu..Kemudian setelah mandi aku pun solat subuh..memang subuh GAJAH la pagi tadi..elehh..macam korang xbiasa je kan..hehehe..
Hari ni aku pkai tshirt je sebab nak masuk bengkel..so malas la nak ber2"neck tie" ni.RIMAS..
jam menunjukkan 0757...ni memang konpem da lewat.tapi hatiku tetap mengatakan aku mesti pergi kelas robotik ni sebab aku suka men robot. setelah menghidupkan HONDA EX5 aku pun merempit tanpa membonceng sesiapa pun..mungkin ini memudahkan aku untuk menyelit2 tetapi segala apa yang aku fikirkan tidak menjadi kenyataan..JEM pagi tadi agak luar biasa..nak menyelit pun susah.selalunya aku mengambil masa 4minit 30 saat untuk sampai di maktab tetapi pagi tadi aku mengambil masa 8minit 60saat...huh...nak wat camane..SABO jele..
0810: aku sampai di bengkel letrik...aku mula sebok mencari alasan ape nak bg kt ENCIK ABDUL GHANI IHWAN ni..dengan tidak semena-mena kelihatan golongan senior dari kelas ku iaitu ABG PEJAL keluar dari bengkel..Berlaku perbualan yang agak panjang sedikit daripada perbualan ku dengan bat pada pagi tadi:

MatNo: Jal, dia marah x?
ABG pejaL: x, tapi dia nak tengok week 1 document..aku nak pi amik la ni..
MatNo: Week 1 document yang mana eh? yang aku ada buku hijau tu je..
ABG pejaL: ada dalam blackboard...
MatNo: xpela camtu...

Memang panjang sedikit sahaja perbualan kami di ahadapan bengkel letrik itu..
aku mula berfikir..dah la datang lewat pastu tak bawak week 1 dokumen tu..memang cari nahas kalau aku masuk ni..xpasal2 kena berlakon lagi seperti kejadian minggu lepas..(kepada sesiapa yang terasa HARAP MAAF)..
Setelah berfikir panjang dan aku sempat mengapplykan kaedah SWOT dalam masalah aku ni aku mengambil keputusan untuk TIDAK MENGHADIRKAN DIRI ke kelas robotik pada pagi tadi..diulang TIDAK MENGHADIRKAN DIRI bukan PONTENG...
aku rasa ini lah langkah terbaik yang boleh aku ambil untuk menyelamatkan diri ku dan suasana kelas menjadi ANGKER akibat EN GHANI yang suka Period..hehe..
Apa-apa pun, aku nak mintak maaf kat EN GHANI IHWAN kerana aku xdtg kelas dia pagi tadi..insyaAllah len kali aku xbuat lagi..mudah-mudahan..AMIN......
So, moral of the value is berfikir dulu sebelum membuat keputusan, bangun awal, jangan merempit sesuka hati, hormati orang yang lebih tua daripada kita dan yang penting sekali JANGAN TINGGAL SEMAYANG...

Kenapa kaum Yahudi Bijak????

Based on true story...

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.



Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.



Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri...!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

>bukan aku nak sokong dan puji yahudi ni tapi kita leh jadikan iktibar...

Wahai NegeriKu.....


Waaaa...kerajaan negeriku dah porak peranda..apa sudah jadi ni? budaya lompat melompat parti ni la puncanya..aku x boleh blah sebab lompat kerana wang..Adoi..camne la negeri nak maju, nasib rakyat nak terbela kalau ahli politik ni duk pentingkan periuk nasik sendiri..Cuba kita tengok zaman dulu2..Wakil rakyat xde yang kaya pun.Allahyarham Tunku Abdul Rahman masa nak pi luar negara untuk merdeka kan tanah air kita ni, dia pun sanggup gadai harta benda dia.Siap rakyat bagi duit diorang ag kt dia..Ni baru betul.. Tapi betul kata iklan tv3 kot..dialog nya berbunyi "biasa lah tu, dunia da maju, zaman da berubah"....Memang berubah betol la ni..Rakyat da bagi amanah untuk jadi wakil rakyat tapi leh plak lompat2. Pastu aku tengok sekarang ni politik da TERLALU KOTOR...nampak giler KOTOR nye..tak kira la yang PIHAK KERAJAAN or PIHAK ALTERNATIF..sama je aku tengok..Aku pun da mula muak ngan politik Malaysia ni.Cuba la kita pikir cara nak maju kan negara daripada duk berbalah antara satu sama lain..yang menganggur makin bertmbah..jenayah semakin berleluasa, kes cerai berai dah jadi rileks je.Adoi..dunia dunia.. aku penah baca satu buku ni.dia cakap kalau kita berjuang kerana wang, harta dan pangkat..perjuangan kita tu xkan kemana-mana..jadi aku pun malas nak bebel2 dah..sekarang ni tengok brita pun da sakit ati.Skang ni aku jd pihak berkecuali.Aku nak tengok sejauh mana ahli2 politik kat Malaysia ni kalau diorang masih mengikut trend terima rasuah dan lain2 lagi budaya yang tak elok..Aku takut Malaysia jadi cam Singapore.Korang pikir2 la ape yang aku bebelkan ni..

hai kawan-kawan

pergh..lama gile aku xupdate blog ni...da bersawang aku tgk..kawan2 aku pun da byk yg tegur asik topic malas nya diri aku ni je...hahaha..ok kawan2.mulai arini ini da ketika ini..akan ku update kn blog aku setiap waktu dan ketika..kalau buleh 5 kali sehari..macam solat gak...:)
come on matno...mulakan modus operandi anda...ohh yeaaah

Sunday, January 18, 2009

MALASnya diriku ini..huhuhu

nape la aku malas sangat ni..after raya cine ni da nak kena anta dua assignment..satu pun xbuat lagi..kunun2nya nak stat semalam tapi leh plak kuar tengok wayang..aduyai...mungkinkah aku harus menaip assigment aku seperti aku menaip blog ni? tapi taip blog ni xperlu nak quote2 cakap orang len.tak perlu cari jurnal yang seswai..esok puan chin nak tengok keje aku..hahaha..ok madam..tomorrow i will show you my best work..semangat nak wat assignment da sampai datang ni..siap la ko assignment.akan ku goreng ko sampai jadi gulai ayam...Chaiyok2

Friday, January 16, 2009

TahniAh.....

tahniah diucapkan kepada kawan ku yang da bekerja esspecially kepada yang bakal bekerja pada ari isnin ni..hehehe.kerja rajin2 deh..:)

Thursday, January 15, 2009

mY diLema

Aku dalam dilema? negeri mana yang patut ku pilih? perak?serawak?sabah?kuala lumpur? kedah?penang?....arghh...penin kepala ku.atau baik ku pilih sahaja negara.aku akan pilih MALAYSIA..ya..ini adalah langkah paling bijak untuk mengelak dari kepalaku migrain..kalau korunk la kan..korunk nak pilih negeri mana ye??

Wednesday, January 14, 2009

ViDeo di LabaN Rata

masa ni hanya Allah yang tahu betapa kuatnya angin masa ni...

Tuesday, January 13, 2009

SeruPa taPi TaK saMa

1st time sampai dipuncak

laban rata pun jadi lah..next time k guys!



Serupa tapi tak sama..yang serupanya ialah kedua2 gambar ni diambil masa nak daki gunung kinabalu dan yang tak serupanya ialah gambar yang atas tu berjaya sampai ke puncak dan yg second ni sampai laban rata je..untuk pengetahuan korunk, gua da daki gunung kinabalu ni da 2 kali.alhamdulillah yang 1st tu sampai puncak.mmg cantik tertarik kau mmg tembam la pemndangan kat puncak ritu..cuaca mmg best.tak sejuk sangat time tu sebab ada member gua yg leh buka baju n seluar.hanya memakai boxer saja..siap ada mat saleh yang kagum dengan kelibat mber2 gua tersebut.da macam model da diorg masa tu.mat saleh tu siap amik gmbr diorg..memang agak kental la mmber2 gua tu.gua bersyukur la dapat melihat keindahan yang yang telah disediakan oleh Yang Maha Pencipta untuk hamba2 nya tetapi hamba nya selalu khilaf dan leka akan kekuasaanNya...(gua belajar perkataan khilaf tu sebab byk tgk citer indon masa cuti sekolah hari tu..hehehe)
second time punya trip lak memang mencabar beb..kitorang terpaksa membelah ribut yang mmg kuat giler..on da way nk sampai laban rata tu ada gak hati kecil gua berbunyi "nape la aku bodo sangat menyusahkan diri ni"...bunyi macam da berputus asa tapi disebabkan pikir duit yang sudah di bayar dan tak kan la nk tido kat dalam hutan tu, gua terus melangkah kaki gua yang hampir kejang...hujan dan angin yang kuat telah memperlahankan langkah gua yang memang tersedia perlahan akibat kepenatan...tak larat da beb.masa ni fizikal memang dah out..yang tinggal hanya mental..mental gua la yg bg sapot kt kaki gua untuk terus melangkah..akhirnya sampai gak gua di Laban rata.penat nya memang tak buleh nak habaq la sebab hangpa kena cuba sendiri panjat gunung tu time ujan & ribut..jangan panjat ime cuaca elok sebab penatnya tak sama..hahaha..
apa ntah gua membebel ni...tapi gua nak bgtaw kat member2 yang panjat gunung masa 2nd time tu, jangan give up beb..gunung tu tak kemana..kalau ada rezeki kita panjat lagi k..insyaAllah kita target sampai puncak..
Gua pun nak bawak sorang awek ni sebab dia penah naik da tapi tak sampai puncak sebab tak larat..kalau korang nak taw sapa awek tu..Lu pikir la sendiri!!!!

Monday, January 12, 2009

Kenangan TerindaH



ni la gambar time muda remaja dulu..masa ni aku baru berumur 17 tahun..sweet17 la katakan..muka pun still babyface ag.skang da macam daddyface je..hahaha..tapi syuk mmg da muka daddy pun time ni..maklumlah dia beza 2 tahun dari kitorang.dak kelas aku ni ada 21 orang.tapi dalam gambar ni lence termissing lak.xsalah aku dia balik kampung time ni..maklum lah umah kat sabah gak.leh dikatakan dekat gak la walaupun nk g umah dia amik masa 2jam baru sampai.Dalam kelas ni ada 11orang budak dari semenanjung GAZA..mereka adalah aku,muiz,che mat, abang deli, kaklong, khai, hanif, man,yusri dan faiz..6 orang dari serawak iaitu apek, fariz, dol, mary, beth ngan ken..dan 5 orang dari Sabah..(pijan, elly, hanum,lence dan has)..kitorang mmg agak rapat la ketika ini..ibarat rambut dan kelumumur.semua aktiviti dijayakan bersama.yang best nya siap berdikir barat bersama2.xkira laki atau pompuan smua join..korang smua mmg sportrim la.tapi bila da pindah kL ni masing2 da renggang sedikit la.maybe jumpa kawan baru dan juga teman baru..hahaha..tapi aku harap kenangan kat sabah kita jangan lupa k.Nnt aku upload video dikir barat kita masa kat sabah aritu..memang happening la..

Model kah aku?




ramai yang kata aku buleh jadi model (kenyataan dari rakan-rakan ku)..maybe kerana ketinggian ku yang hampir mencecah paras 175cm yang mereka katakan aku sesuai jadi model..tambahan pula ke"sweet"an aku yang ala-ala babyface jugak kot..hahaha.tapi yang penting aku nak jadi model kepada anak-anak murid ku..



My FamiLy

Ni gambar family aku yang sebenar. bapak aku ni bekas army.tengok muka pun da taw.agak garang la masa kitorang kecik2 dulu.tapi da besar ni da slow sket la.syukur2.mak aku lak asik cucuk orang je..zaman muda2 dia dulu, mak aku ni macam model la.cun siot.hahaha.macam amoi cina..tp skang ni bila bukak spek ada la sket chinese look dia tu...mak bapak aku dianugerahkan Allah 3 cahaya mata.Ub,et dan matno...itulah anak mereka.Abang aku ni da keje kt SME bank kt kL ni tp xtaw plak aku keje sebagai apa.malas nak tanya dia..hehehe.akak aku plak ikut jejak langkah mak aku..jadi Nurse gak kat Hospital N9.wad plak sama ngan mak aku masa mak aku start posting dulu...bak org puteh cakap mana tak tumpah kuah kalau bukan kat nasi kn..ni cite pasal anak bongsu ni plak..dia ni insyaAllah kalau xde aral melintang menegak akan jadik pendidik la.kalau bahsa saintifik dia CIKGU la..bersama2 la kita doa kan dia jadi cikgu eh..Amin...

Aku dah post blog

dengan ini adalah dimaklumkan bahawa saya Muhammad Nur bin Anuar ( seperti gambar di atas) telah menubuhkan satu akaun blog agar dapat bergerak kehadapan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat yang semakin bergerak pantas sama seperti gambar di atas seperti saya meninggalkan pesaing yang lambat kerana tua..HAPPY BESDAY syuk...hihihi