Tuesday, February 10, 2009

MatNo PonTeng KeLas??


Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya (Wikipedia).

Tapi, kes tadi bukan sengaja aku nak ponteng kelas robotik tapi..............(hidup manusia ni xpenah lari mencari alasan)..
Kisahnya bermula begini...
MatNo (bukan nama penuhku) telah menyedarkan diri sendiri pada pukul 730 pagi dan terus mencapai tuala yang disidai di kepala katil..sampai2 je depan bilik air, beliau kedengaran seperti ada orang yang sedang MELEPASKAN HAJAT..padan muka aku sebab bangun lewat. so kena la beratur...ada la dalam 5minit menunggu siapakah gerangan yang menggunakan toilet tersebut..setelah daun pintu dibuka rupa2nya abang kesayanganku BAT yang menggunakan toilet itu..maka berlaku lah sedikit perbualan antara kami:

MatNo: hang pi kelas x ni?
Bat: tak, aku sakit perut

begitulah sedikitnya perbualan kami pada pagi itu...
kemudian aku pun mandi sepantas kilat menerjah kebumi tatkala hujan pun turun...begitulah cepatnya aku mandi pada pagi itu..Kemudian setelah mandi aku pun solat subuh..memang subuh GAJAH la pagi tadi..elehh..macam korang xbiasa je kan..hehehe..
Hari ni aku pkai tshirt je sebab nak masuk bengkel..so malas la nak ber2"neck tie" ni.RIMAS..
jam menunjukkan 0757...ni memang konpem da lewat.tapi hatiku tetap mengatakan aku mesti pergi kelas robotik ni sebab aku suka men robot. setelah menghidupkan HONDA EX5 aku pun merempit tanpa membonceng sesiapa pun..mungkin ini memudahkan aku untuk menyelit2 tetapi segala apa yang aku fikirkan tidak menjadi kenyataan..JEM pagi tadi agak luar biasa..nak menyelit pun susah.selalunya aku mengambil masa 4minit 30 saat untuk sampai di maktab tetapi pagi tadi aku mengambil masa 8minit 60saat...huh...nak wat camane..SABO jele..
0810: aku sampai di bengkel letrik...aku mula sebok mencari alasan ape nak bg kt ENCIK ABDUL GHANI IHWAN ni..dengan tidak semena-mena kelihatan golongan senior dari kelas ku iaitu ABG PEJAL keluar dari bengkel..Berlaku perbualan yang agak panjang sedikit daripada perbualan ku dengan bat pada pagi tadi:

MatNo: Jal, dia marah x?
ABG pejaL: x, tapi dia nak tengok week 1 document..aku nak pi amik la ni..
MatNo: Week 1 document yang mana eh? yang aku ada buku hijau tu je..
ABG pejaL: ada dalam blackboard...
MatNo: xpela camtu...

Memang panjang sedikit sahaja perbualan kami di ahadapan bengkel letrik itu..
aku mula berfikir..dah la datang lewat pastu tak bawak week 1 dokumen tu..memang cari nahas kalau aku masuk ni..xpasal2 kena berlakon lagi seperti kejadian minggu lepas..(kepada sesiapa yang terasa HARAP MAAF)..
Setelah berfikir panjang dan aku sempat mengapplykan kaedah SWOT dalam masalah aku ni aku mengambil keputusan untuk TIDAK MENGHADIRKAN DIRI ke kelas robotik pada pagi tadi..diulang TIDAK MENGHADIRKAN DIRI bukan PONTENG...
aku rasa ini lah langkah terbaik yang boleh aku ambil untuk menyelamatkan diri ku dan suasana kelas menjadi ANGKER akibat EN GHANI yang suka Period..hehe..
Apa-apa pun, aku nak mintak maaf kat EN GHANI IHWAN kerana aku xdtg kelas dia pagi tadi..insyaAllah len kali aku xbuat lagi..mudah-mudahan..AMIN......
So, moral of the value is berfikir dulu sebelum membuat keputusan, bangun awal, jangan merempit sesuka hati, hormati orang yang lebih tua daripada kita dan yang penting sekali JANGAN TINGGAL SEMAYANG...

2 comments:

LeLakiSingLe said...

try commnet jap..

Anonymous said...

Matno ponteng.. yey!